Ada apa dengan maruah?
Apa itu maruah dimata manusia?
Adakah maruah mampu dibeli atau ditukar ganti?
Persoalan seperti ini membuatkan aku terfikir akan satu subjek yang agak penting dalam hidup manusia iaitu maruah. Satu ketika dahulu, manusia sanggup bermati-matian untuk menjaga maruah mereka serta keluarga mereka.Adalah menjadi satu pantang apabila seseorang itu mencalar maruah mereka.
Akan tetapi, dunia sudah berubah. Maruah bukanlah satu kepentingan dlam hidup mereka. Maruah yang dahulunya dijaga dengan nyawa telah boleh dibeli dengan harta, pangkat dan juga wang ringgit.
Adakah maruah sekarang tidak bernilai?
Adakah manusia sanggup meletakkan maruah mereka di tempat yang hina dan bahaya?
0 comments:
Post a Comment