BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 2, 2010

Kain Putih


Dalam hidup ini, kita sering diberitahu bahawa setiap manusia ibarat sehelai kain puth yang bersih dan suci. Tiada kekotoran dan juga sedikit caritan diatas kain itu. Kita juga diberitahu bahawa ibubapa telah bertanggungjawab dalam mewarnakan kain putih itu seperti mana mereka inginkan. Setiap ibubapa telah menjalankan tanggungjawab mereka dalam mewarnakan kain tersebut dengan sentuhan kasih sayang, nilai-nilai murni dan juga kepercayaan kepada agama. Walaupun tidak sempurna, mereka telah mencuba sedaya upaya. Akan tetapi, bukanlah tanggungjawab mereka untuk mewarnai seleruh kain tersebut kerana mereka hanya mampu mewarnakan sebahagian kecil dr kain tersebut. Sebahagian kecil yang bermakna dalam kehidupan manusia. Warna-warna asas yang membentuk kita menjadi manusia berguna.

Apabila kita sudah mengerti apa itu kehidupan, kita telah memilih warna kita sendiri. Pada waktu itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mencorakkan kain kite sperti mane yang kite inginkan. Tiada sesiapa pun yang mampu memberi pendapat dalam corakan yang akan lakukan.

Sebab itu lah, hasil kepada kain itu berbeza untuk setiap manusia. Walaupun mempunyai darah yang serupa, akan tetapi, pendapat yang berbeza. Tidakkah kita pernah terfikir bahawa kain yang kita warnakan itu sebenarnya salah walaupun cantik di mata kita.

Apakah kain itu boleh dilunturkan semula dan diwarnai semula dengan warna yang lebih baik?

0 comments: