BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 2, 2010

Kemusnahan Pertalian

Sewaktu di kolej dahulu, aku sering bersama 5 orang rakanku yang mempunyai minat yang serupa dan pengalaman hidup yang hampir sama. Perjalanan hidup kami bagaikan di fotostat dlam tahun yang berbeza. Persamaan inlah yang membuatkan kami rapat dan menonjol di khalayak ramai pabila kami bersama.

Akan tetapi, kami juga mempunyai keinginan yang sama, iaitu, menghancurkan kebahagiaan orang lain. Bagiku, ia telah berakhir kerana keinginan seperti itu bukanlah sesuatu yang istimewa yang perlu aku teruskan.

Itu hanyalah pendapatku. Bagaimanapun, pendapat kita berbeza pabila keluar dari kepompong itu, semua ingin mencari haluan sendiri, semua ingin mengpraktikkan ape yang telah diajar dan semua ingin menjadi yang terbaik lebih dari rakan seangkatan yang lain.

Untuk mengecapinya, seorang itu mampu meletakkan rakan-rakan lain sebagai mangsa untuk menampakan die adalah terbaik dari semua segi walaupun hakikatnya die lebih teruk dari yang lain.

Apabila situasi begini berlaku, kami yang lain hanya memandang dahulu sampai tahap manakah seorang itu ingin menghancurkan yang lain. Nampaknya, die mampu melakukan lebih dari jangkaan yang lain dengan menggunakan satu senjata yang kami mampu kami boleh membuatkan orang terpedaya iaitu mulut.

Akan tetapi, ini hanyalah permulaan dalam hidupnya, aku sebagai 'BITCH FROM HELL' tidak akan berdiam diri dan menunggu lebih bayak lagi hinaan terhadap diriku. Dengan ini, aku melafaskan putus pertalian persahabatan yang terjalin dan kau adalah musuh no 1 ku sehingga ke akhir hayatku.

0 comments: